PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BANTU PULIHARA KAWASAN BAKAU BAGI TINGKATKAN BIODIVERSITI EKOSISTEM MARIN SUNGAI MERBOK

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Belia dan Sukan bersama Hospital Pantai Sungai Petani, Halagel dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bakau seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Mei 2022 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Kompartment 11, Hutan Simpan Sungai Merbok

Turut hadir, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Norfazni binti Mustaffa, BCK, Ketua Penolong Pegawai Daerah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda barisan Ahli Majlis MPSPK, serta Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dalaman dan kakitangan MPSPK.

Sebanyak 450 batang pokok telah ditanam bagi memulihara serta meningkatkan biodiversiti ekosistem marin Sungai Merbok.

Skip to content