25 MEI 2022 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 5 TAHUN 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bilangan 5 Tahun 2022 telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 04 Tahun 2022 yang diadakan pada 17 April 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Kebenaran Merancang, Cadangan Pelan Bangunan, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Perakuan Siap dan Pematuhan.  

Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) MDBB juga membentangkan pemakluman Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB bagi tempoh 01 Januari 2022 hingga 24 Mei 2022 serta diakhiri dengan perbincangan hal-hal lain.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara bersemuka ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

Skip to content