26 MEI 2022 (KHAMIS)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 5 TAHUN 2022

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 5/2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., secara bersemuka bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 4 Tahun 2022 bertarikh 26 April 2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 5 Tahun 2022 bertarikh 25 Mei 2022 serta pembentangan satu kertas kerja dan perbincangan hal-hal lain.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content