RABU, 25.05.2022 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah menerima pengiktirafan oleh ESRI Malaysia bersempena ESRI Malaysia GeoInnovation Awards 2021 melalui pembangunan Sistem Pengkalan Data Bersepadu (KIDs). Anugerah yang julung kali diperolehi oleh Majlis Perbandaran Kulim ini membuktikan status perbandaran boleh bersaing dengan agensi-agensi besar lain.

Tahniah juga kepada agensi-agensi lain yang turut menerima pengiktirafan daripada ESRI Malaysia. 1. Achieving Smart And Sustainable Johor Bahru Towards Greater JB Using Geojb Portal – Majlis Bandaraya Johor Bahru2. Elasis: Next-Generation Land Administration – Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak3. MY Kampung: Connected Communities – PLANMalaysia@Pulau Pinang4. Establishing A Centralised GIS Portal In Kedah – Majlis Perbandaran Kulim5. Iskandar Puteri’s “Zero Delay” Complaint Management System – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri6. SMART Plantation: Reimagining Agriculture 4.0 – Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd. 7. Connect Towards A Future Free From Violence – Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PEGIS)Sistem pembangunan GIS ini meliputi maklumat spatial yang terkini dan menerima input data daripada pelbagai jabatan secara bersepadu seta diterjemahkan dalam bentuk “Dashboard” bagi tujuan analisa dan perkongsian maklumat.

Di samping mempunyai sistem yang teratur, ia membolehkan pengguna membuat keputusan, merancang dan membuat pemantauan yang lebih baik secara berkesan.Beberapa modul KIDS seperti Kawalan Perancangan, Semakan Pengezonan, Kemas Kini Penilaian, dan Aplikasi OSC juga membantu pelaksanaan inisiatif Majlis Perbandaran Kulim Kedah – E10. Di mana ia memudahkan perancangan pembangunan, pemantauan kerja pembinaan dan sasaran pengeluaran lesen serta memastikan pembangunan lancar tanpa sebarang kelewatan (Zero Delay). Perancangan secara dinamik sememangnya membawa kepada penglibatan pelaburan yang lebih tinggi, seterusnya memberi impak positif yang lebih besar kepada ekonomi tempatan.

Diharapkan anugerah ini dapat memberi penanda aras dalam perlaksanaan inovasi digital di negeri Kedah. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!!#ExemplaryGISProject#Geolnnovationaward2021#majlisperbandarankulim

Skip to content