10 JUN 2022 (JUMAAT)

Susulan dari aduan awam, Majlis Daerah Yan bertindak segera dan proaktif dengan mengadakan gotong royong pembersihan pokok tumbang di jalan Seberang Pekan Yan pada 10 Jun 2022 (Jumaat) jam 3.00 petang.

Pokok tersebut yang dikenali sebagai pokok Ara @ pokok Jawi tumbang dan telah menghalang jalan laluan para penduduk di kawasan tersebut.Pihak Majlis Daerah Yan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Daerah Yan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan telah bersama-sama membantu bagi membersihkan kawasan tersebut dengan keseluruhan kekuatan anggota seramai 35 orang.

Semoga aktiviti gotong royong seumpama ini diharap dapat memperkukuhkan lagi semangat kerjasama yang sedia terjalin erat antara pelbagai jabatan / agensi di Daerah Yan demi kepentingan, keselamatan dan keselesaan masyarakat.

Turut hadir membantu di dalam program gotong royong ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal Bin Azimi dan wakil dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDY.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat membantu MDY.

Skip to content