31 Mac 2022 (Khamis)
7.30 pg – 11.00 pg
Dataran Marmar, Kuah
WALKABOUT YANG DIPERTUA SIRI 4/2022 & GOTONG ROYONG MENGECAT KERB DI BAWAH PENTABBIRAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan telah mengadakan Gotong Royong Mengecat Kerb Di Sepanjang Jalan Bermula Dari Dataran Marmar Sehingga Ke Lampu Isyarat KFC Sempena Pembukaan Sempadan Negara pada 1 April 2022.
Gotong Royong Ini Disertai Hampir 100 Orang Kakitangan Termasuk Pengarah-pengarah Jabatan.
Kerja-Kerja Mengecat Kerb Dilakukan Bermula Dari Dataran Marmar Hingga Ke Lampu Isyarat KFC. Di samping Kerja-Kerja Mengecat Kerb, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Juga Telah Membuat Pemantauan Serta Hasil Tindakan Dari Walkabout Yang Lalu.
Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada Pihak LADA dan Semua Agensi Yang Telah Membersihkan Semak Samun di Persekitaran Klinik Lama, Pekan Kuah.
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Akan Mengadakan Gotong Royong Ini Secara Berterusan Bagi Memastikan Langkawi Sentiasa Bersih, Indah dan Ceria
Skip to content