LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) TAHUN 2022

Majlis Perbandaran Sungai Petani telah menerima kunjungan daripada Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan pada 13 Jun 2022 (Isnin) jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Penilaian SPB-PBT ini melibatkan aspek pengurusan, pentadbiran, perundangan, penguatkuasaan, pembangunan, perkhidmatan bandar dan kemasyarakatan di mana audit yang dijalankan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan berkualiti kepada masyarakat.

Skip to content