12 JUN 2022 (AHAD)

Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia ini diadakan bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.

Program ini merupakan satu wadah bagi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) untuk mendekati masyarakat dan institusi keluarga terutamanya di kawasan luar bandar dengan menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan dan program pendidikan keluarga.

Program ini dimulakan dengan penawaran saringan kesihatan percuma. Para peserta boleh mendapatkan pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan kolestrol dalam darah, pemeriksaan indeks jisim jasad dan juga pemeriksaan tekanan darah di beberapa kaunter perkhidmatan yang telah disediakan.

Selain itu juga, para peserta boleh juga mengikuti saringan WCaRe iaitu pemeriksaan Klinikal Payudara, pendaftaran ujian mamogram dan saringan ujian HPV DNA.Ia kemudiannya disusuli dengan ceramah Kembara Kaunseling oleh Encik Noor Sazali bin Mansor yang merupakan Penolong Pengarah Kanan(PPK) Pejabat LPPKN Kedah.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mokhairuddin bin Mohamad, Penghulu Mukim Yan selaku wakil Tuan Pegawai Daerah Yan dan turut dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja pelbagai jabatan / agensi, pelbagai lapisan masyarakat dan para wanita dari seluruh mukim di Daerah Yan.

Slot yang terakhir iaitu Taklimat Pendidikan Keluarga Dan Kesihatan Keluarga yang bertajuk Keluarga Sihat Masyarakat Sejahtera telah disampaikan oleh Encik Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah Pejabat LPPKN Kedah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat LPPKN Negeri Kedah atas kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang sangat berfaedah dan bermanfaatseperti ini, khususnya kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, golongan wanita serta seluruh lapisan masyarakat di Daerah Yan pada amnya.

Skip to content