14 JUN 2022 (SELASA)

Majlis Daerah Yan (MDY) telah menerima kunjungan daripada Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT pada 14 Jun 2022 (Selasa) jam 8.15 bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Yan.

Seramai 6 orang panel telah hadir untuk melaksanakan penilaian SPB-PBT dan kunjungan ini diketui oleh Ir. Hilmi bin Md Tahir bersama 5 orang panel penilai iaitu Encik Mohamad Bukhari bin Che Man, Puan Norul Syakila binti Mohd Roslan, Encik Muhammad Bazli bin Che Ismail, Cik Nadiah binti Abd Fatah dan Encik Muhamad Nurul Firdaus bin Mukarateh.

Penilaian SPB-PBT ini melibatkan aspek pengurusan, pentadbiran, perundangan, penguatkuasaan, pembangunan, perkhidmatan bandar dan kemasyarakatan di mana audit yang dijalankan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan berkualiti kepada masyarakat.

Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga MDY di atas komitmen tinggi yang diberikan dalam setiap aspek penilaian yang dilakukan. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio) yang sentiasa memberikan komitmen penuh dan terus menyokong setiap perancangan dan pelaksanaan pelan,program dan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Daerah Yan.

Turut hadir dalam lawatan penilaian dan sesi audit ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi, Ketua- Ketua Jabatan dan unit serta urus setia SPB-PBT MDY yang terlibat.Semoga MDY berjaya memperolehi penarafan bintang yang terbaik dan cemerlang dalam sesi audit SPB-PBT KPKT tahun ini.

Skip to content