18 JUN 2022 (SABTU)

Majlis Bacaan Yasin dan Doa ini merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Pejabat Agama Daerah Yan, Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah diadakan di Masjid Al-Wustho, Guar Chempedak, Yan, Kedah bermula jam 6.50 petang.

Program ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Al-Wustho, Guar Chempedak, Ustaz Nizam bin Mohd Noh. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.Dalam ucapan tersebut, Tuan Pegawai Daerah Yan mengajak para hadirin dan hadirat untuk sama-sama menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman serta bersama mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman agar dilanjutkan usia dengan keberkatan yang berpanjangan dan sentiasa terus dapat memelihara Agama Islam, menaungi kerajaan dengan penuh kedaulatan dan memayungi sekalian rakyat jelata dengan penuh kasih sayang di atas takhta singgahsana.

Aturcara majlis kemudiannya diteruskan dengan Majlis Bacaan Yasin dan disusuli dengan dengan solat Isyak berjemaah serta jamuan.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Ahli Parlimen Jerai (Ustaz Sabri bin Azit), YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat), Pegawai Agama Daerah Yan (Tuan Syeikh Alwi bin Othman, BCK.), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila binti Ahmad), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan (Encik Mohd Akmal bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohamad Afifi bin Mohamad), Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, para ketua / wakil jabatan / agensi Daerah Yan, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Yan, para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para pelajar tahfiz, anak – anak kariah Masjid Al-Wustho, para Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid – Masjid Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta Pejabat Agama Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut.Semoga Majlis Bacaan Yasin dan Doa pada hari ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-80 pada tahun 2022 ini.

DAULAT TUANKU

Skip to content