PERASMIAN EKSPO INSTITUSI PENDIDIKAN TVET@KPLB

Perasmian Ekspo TVET telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 23 Jun 2022 bertempat di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Turut hadir bersama Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK., Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bersama dif- dif kehormat yang lain.

Ekspo tersebut akan berlangsung dari 23 Jun 2022 hingga 25 Jun 2022 dengan menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik bagi setiap pengunjung yang hadir serta jangan lepaskan peluang mengunjungi Kaunter Hasil dan Seksyen Letak Kereta yang menyediakan perkhidmatan bayaran cukai pintu dan kompaun letak kereta.

Skip to content