26 JUN 2022 (AHAD)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 5 Tahun 2022 ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan Aluan Tuan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 4 Tahun 2022 bertarikh 31 Mei 2022 lalu serta membincangkan laporan-laporan pihak atasan.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat Majlis Penuh yang lalu dan menerima ketetapan Minit – Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY.

Turut hadir dalam mesyuarat yang diadakan secara bersemuka ini ialah Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.Agenda mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pejabat SUK Kedah oleh Tuan Yang Dipertua MDY kepada Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi di atas kejayaan pencapaian 100% Cemerlang MDY berkenaan Rekod Kehadiran Kursus dan Pencapaian “Training Road Map (TRM)” Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 2021.

Selain itu, Wakil TNB Butterworth, Pulau Pinang, Encik Gobinath Vijian juga telah hadir bagi melaksanakan penyerahan Surat Jaminan Bank kepada Majlis Daerah Yan yang bernilai RM100,000.00. Surat Jaminan tersebut telah diterima oleh Tuan Yang Dipertua MDY di hadapan semua ahli mesyuarat. Jaminan tersebut adalah sebagai akujanji TNB bagi membaik pulih sebarang kerosakan jalan – jalan dan infrastruktur (sekiranya ada) di bawah MDY akibat kerja-kerja yang dilaksanakan oleh TNB.

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenang- kenangan bersama semua semua ahli mesyuarat, Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content