26 JUN 2022 (AHAD)
 
MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 6 TAHUN 2022
 
Mesyuarat tersebut diadakan secara bersemuka dan dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Hj Rohaizad bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK.
 
Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 5 Tahun 2022 yang diadakan pada 25 Mei 2022 lalu.
 
Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Mei 2022.
 
Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.
Skip to content