ACARA SUKAN DAM HAJI

* Dewan Seri Serdang, Kedah Darul Aman* |27 Jun 2022 (Isnin)

Majlis Daerah Bandar Baharu telah dipilih menjadi Tuan Rumah untuk acara Sukan Dam Haji bagi Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2022. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah kerana memberi peluang kepada   Majlis Daerah Bandar Baharu menjadi tuan rumah bagi acara Sukan Dam Haji.

Turut serta pada Majlis tersebut iaitu Dato’ Hj. Rohaizad Bin Rashid, DSDK., SDK., AMK., BCK. merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu. Beliau berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Tempat Pertama yang dijuarai oleh PBT Majlis Bandaraya Alor Setar, manakala Tempat Kedua di menangi oleh PBT Majlis Daerah Padang Terap dan Tempat Ketiga dimenangi oleh PBT Majlis Bandaraya Langkawi Bandar Pelancongan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata oleh Puan Zuraida binti Ahmad, Akauntan Bahagian Kerajaan Tempatan kepada Dato’ Yang Dipertua sebagai Tanda Penghargaan Majlis Daerah Bandar Baharu menjadi Tuan Rumah bagi Kejohanan Sukan PBT Acara Sukan Dam Haji Tahun 2022.

Tahniah!!!  Diucapkan kepada para pemenang.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content