26 JUN 2022 (AHAD)

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 6 TAHUN 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bilangan 6 Tahun 2022 telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Hj Rohaizad Bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 05 Tahun 2022 yang diadakan pada 25 Mei 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan Pindaan Pelan Kebenaran Merancang (Pindaan kepada Aras Pembangunan) dan pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Majlis Daerah Bandar Baharu bagi tempoh 01 Januari 2022 hingga 23 Jun 2022.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara bersemuka ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Ex-Officio, wakil-wakil jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

Skip to content