KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 08/2022
(LR)
Sebut Harga Bagi Membekal dan Menghantar Makanan Binatang ke Taman Jubli Perak, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

070302

Harga Dokumen : RM10.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 30 Jun 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Kementerian Kewangan Malaysia Kod 070302 serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 06 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 30 Jun 2022

Skip to content