MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KFCRide SPRM 2022

Perasmian untuk program penutupan KFCRide SPRM 2022 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah diiringi YBhg Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah pada 30 Jun 2022 jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Turut hadir bersama Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, barisan Ahli Majlis MPSPK, bersama-sama kakitangan MPSPK dan para peserta konvoi motosikal yang telah diraikan didalam majlis tersebut.

Skip to content