PERLAWANAN BADMINTON SUKAN PBT NEGERI KEDAH 2022

Perlawanan badminton telah berlangsung di Amanjaya Sports Arena Amanjaya, Sungai Petani, Kedah pada 29 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022. Pasukan Badminton MPSPK telah layak hingga ke pusingan akhir dan berjaya mendapat tempat ke-3 (Pingat Gangsa).

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.

Turut hadir bersama didalam majlis tersebut Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani dan para kontinjen pasukan sukan PBT dari pelbagai daerah yang lain. Tahniah diucapkan kepada pasukan badminton MPSPK!!!

Skip to content