KUNJUNGAN HORMAT YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KE KPKT

YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada hari ini.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini adalah YBhg. Dato’ Haji Norizan bin Haji Khazali, Timbalan SUK (Pembangunan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. KPKT berharap kerjasama erat antara KPKT dan MPSPK dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

Skip to content