4 JULAI 2022 (ISNIN)

Pertandingan Dart Sempena Kejohanan Sukan PBT Negeri Kedah Tahun 2022 ini telah diadakan pada 4 Julai 2022 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah yang melibatkan 12 pasukan dari seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Majlis Daerah Yan (MDY).

Hadiah – hadiah kepada pasukan johan (MBAS), naib johan (MPKK) dan tempat ketiga (MDY) telah disampaikan oleh Tuan Hamizie Bin Ibrahim, BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi (MPL).

Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada ketiga – tiga pasukan iaitu dari MBAS, MPKK dan MDY atas kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan ini serta semua pasukan dari seluruh PBT Negeri Kedah yang bertanding pada hari ini.

Skip to content