Tawaran Kenyataan Sebutharga MD Bandar Baharu yang terbaru adalah seperti berikut :

Membina Jalan di Kampung Air Itam Serdang, MD Bandar Baharu
Membina Satu (1) Unit Bengkel di Jalan Padang, Serdang, MD Bandar Baharu

Dokumen dan syarat-syarat tawaran sebutharga boleh dimuat-turun DI_SINI. 

Lawatan tapak akan diadakan pada 12 JULAI 2022 (SELASA) jam 9.30 pagi di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Pihak kontraktor yang berminat diwajibkan menghadiri taklimat sebutharga seperti yang ditetapkan. Hanya PEMILIK SYARIKAT/PENAMA pada lesen sahaja dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pemeriksaan KAD PENGENALAN DAN SIJIL AKUAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI (CIDB) akan dijalankan untuk tujuan pengesahan.

Dokumen tawaran yang telah dipenuhi dengan sempurna dalam sampul surat berlakri dan bertulis tajuk kerja atau nombor sebutharga perlu dihantar ke peti tawaran sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 19 JULAI 2022 (SELASA).

Jawatankuasa sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang ditawarkan. Keputusan jawatankuasa sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu adalah muktamad. 

 

Skip to content