5 JULAI 2022 (SELASA)

Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Di Daerah Baling ini telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan (MDY), Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK pada jam 5.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

Penyampaian sumbangan bantuan ini berupa wang tunai sebanyak RM5600.00 dari Majlis Daerah Yan (MDY) iaitu sumbangan ikhlas oleh Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex officio), para warga kerja MDY dan pentadbiran MDY.

Manakala sumbangan berupa cek dan wang tunai berjumlah RM3850.00 pula disumbangkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Yan (PDTY) iaitu daripada pentadbiran PDTY dan para warga kerja PDTY.Kedua – dua sumbangan dari PDTY dan MDY ini telah disampaikan kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Baling, Tuan Mohd Nasrun bin Md Suid yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Baling selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Baling.

Turut hadir bersama semasa sesi ringkas penyampaian sumbangan ini ialah Tuan Mohammad Afifi bin Mohammad, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY dan Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Yan (MDY), Encik Che Zulkifli bin Yaacob.

Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku pada 04 Julai 2022 (Isnin) lalu dan semoga mereka tabah dan bersabar atas ujian dan dugaan yang dihadapi.

Skip to content