06 JULAI 2022 (RABU)

MISI KEMASYARAKATAN DAN BANTUAN BENCANA DI DAERAH BALING

 Pasukan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu telah memberi sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir di SMK Jerai, Baling dan Bantuan kerja-kerja pembersihan di Kampung Hangus, Iboi, Baling yang telah diatur oleh PKOB Daerah Baling.

Turut hadir dan turun padang bersama-sama pasukan iaitu YBhg. Dato’ Haji Rohaizat Bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Merangkap Yang Dipertua MDBB, YB Dato’ Nor Sabrina Bin Mohd Noor, ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze merangkap Setiausaha, MDBB, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) En. Rahmat Asyraf Bin Dato’ Haji Bukhari dan Ahli- ahli Majlis MDBB.

Misi bencana ini telah melibatkan petugas seramai 30 orang dan kenderaan logistik iaitu sebuah (1 ) lori tanker, sebuah (1) lori penguatkuasa, enam (6) buah 4×4 serta bersama-sama peralatan pembersihan.

Semoga penduduk yang terkesan dengan bencana tersebut diberi kesabaran dan kekuatan, dipermudah segala urusan serta kesihatan yang baik.

Skip to content