12 JULAI 2022 (SELASA)

Jamuan Aidil Adha 1443H / 2022 Anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Yan (PDTY) dan Majlis Daerah Yan (MDY) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ini diadakan bermula pada sebelah pagi bertempat di ruang parkir, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Para warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan tidak ketinggalan untuk memeriahkan jamuan ini dengan bergotong – royong menyediakan juadah enak bagi Jamuan Aidil Adha ini.Persiapan awal telah dilakukan dan diketuai oleh Encik Che Zulkifli bin Yaacob dan Encik Ahmad Fisal bin Md Thahir dari Majlis Daerah Yan dan mereka turut dibantu oleh para warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bagi sama-sama menyumbangkan masa dan tenaga untuk menyediakan jamuan ini.

Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha MDY [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY [Tuan Mohammad Afifi bin Mohammad], para warga kerja PDTY dan MDY serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Program bermanfaat seumpama ini diharap dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan semangat serta budaya kerja berpasukan sesama para warga pelbagai jabatan yang terlibat.Semoga usaha murni dan kerjasama erat ini mendapat keberkatan dan rahmat yang berpanjangan dari Ilahi.

Tahniah dan terima kasih untuk seluruh warga dan keluarga Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Skip to content