AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
(AKTA 171)
PEMBERITAHUAN DI BAWAH SEKSYEN 141

Menurut peruntukan Seksyen 141 Akta Kerajaan Tempatan 1976, maka diberitahu bahawa Majlis Perbandaran Sungai Petani menurut peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menyediakan satu Senarai Nilaian baru yang akan dikuatkuasa pada 01 Januari 2023 terhadap beberapa pegangan di Bandar Aman Jaya, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Jaya, Bandar Seri Astana, Belakang Hospital, Bukit Bakong, Bukit Banyan, Bukit Meriam, Jalan Air Mendidih, Jalan Bakar Arang, Jalan Bakar Sampah, Jalan Jeniang, Gurun, Jalan Raya Gurun, Jalan Undan, Kampung Bakar Kapor, Kampung Baru, Bakar Arang, Kampung Baru, Sungai Lalang, Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kampung Haji Wahab, Kampung Panjang, Kampung Sungai Glugor, Kawasan Perusahaan Taman Cendana Pinang Tunggal, Kawasan Perindustrian Gurun, Kawasan Perindustrian Sungai Lalang (MIEL), Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ria Jaya, Kawasan Perusahaan Bakar Arang, Kawasan Perusahaan Sungai Petani (LPK), Kawasan Sungai Jagung, Kelab Cinta Sayang, Mukim Bujang, Mukim Gurun, Mukim Kota, Mukim Pekula-Tikam Batu, Mukim Pinang Tunggal, Mukim Semeling, Mukim Sidam Kiri, Mukim Sungai Pasir, Mukim Sungai Petani, Mukim Teloi Kiri, Padang Lembu Gurun, Padang Temusu, Permaipura, Taman Bistari Utama, Taman Cengal Jaya, Taman Delima, Taman Kelisa Ria, Taman Lembah Merbok, Taman Lurik Indah, Taman Melati Indah, Taman Melati Layar, Taman Melor, Taman Peruda, Taman Raja, Taman Seraya Emas, Taman Seri Bayu, Taman SP Saujana, Taman SP Saujana Permai, Taman Sri Putra, Tasik Apong, Taman Saujana Impian, Taman Bistari Jaya, Taman Suria Gurun di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Maka itu, mana-mana orang sama ada pemunya atau penduduk atau ejen mana-mana orang itu yang pegangannya termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut boleh memeriksa Senarai Nilaian itu di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada waktu pejabat bermula pada 14 Julai 2022 dan membuat cabutan daripadanya tanpa bayaran.

Seseorang terkilan atas penilaian bagi sesuatu pegangan yang dikenakan dalam Senarai Nilaian tersebut boleh, menurut Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976, membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 11 Ogos 2022 dan Majlis Perbandaran Sungai Petani akan mula menyemak Senarai Nilaian tersebut pada 12 Ogos 2022.

 

 

 

DATO’ HAJI SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Bertarikh : 14 Julai 2022

Skip to content