PELANCARAN KEMPEN BASMI TIKUS PERINGKAT MPSPK TAHUN 2022

Perasmian program Kempen Basmi Tikus Peringkat MPSPK tahun 2022 telah disempurnakan oleh Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, pada 18 Julai 2022 jam 10.00 pagi. Turut hadir bersama wakil dari Syarikat E-idaman, SWCORP dan para peniaga.

Sesi taklimat seterusnya disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Ketua Bahagian Kesihatan Am yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MPSPK.

Program tersebut telah dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan pembiakkan tikus sekaligus dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang berbahaya kepada orang ramai.

Skip to content