KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 09/2022
(LR)
Sebut Harga Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Siraman (Sprinkler System) Pokok Hiasan di Tapak Semaian MPSPK, Jalan Pegawai, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Kementerian Kewangan Malaysia
(Kod 070303)

Tarikh : 26 Julai 2022

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Tapak Semaian MPSPK, Jalan Pegawai

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 26 Julai 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Kementerian Kewangan Malaysia Kod 070303 serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 01 Ogos 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 21 Julai 2022

Skip to content