KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL. | NO. SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN |
1. | 69/2022 (KEJ) |
Menurap Semula Jalan di Taman Bistari Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB |
2. | 74/2022 (KEJ) |
Menurap Semula Jalan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB |
3. | 84/2022 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menaiktaraf Bengkel dan Stor MPSPK, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 27 Julai 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 07 Ogos 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
Untuk Makluman
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 24 Julai 2022