20 JULAI 2022 (RABU)

Lawatan Kerja Jawatankuasa Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Bandar Baharu Ke PUSPEN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lawatan kerja oleh YBhg. Dato’ Hj. Rohaizad Bin Rashid, DSDK., SDK., AMK., BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia Daerah Bandar Baharu (PEMADAM) ke PUSPEN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lawatan Kerja tersebut disambut oleh Penolong Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam iaitu Puan Nur Farhana binti Md. Yusuff, bersama-sama pegawai PUSPEN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Turut hadir bersama lawatan ini iaitu urusetia Jawatankuasa MTMD Pejabat Agensi Anti Dadah Daerah Bandar Baharu, wakil Majlis Daerah Bandar Baharu, PUSPEN, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar Baharu, Pegawai Sukarelawan Malaysia Daerah Bandar Baharu, Pegawai Pejabat Penerangan Malaysia Bandar Baharu, Penghulu- Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, wakil Keda Bandar Baharu, wakil Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, wakil Pejabat Perpaduan Kulim/ Bandar Baharu, wakil Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia Daerah Bandar Baharu (PEMADAM).

Lawatan disusuli beberapa aktiviti yang telah disusun atur iaitu lawatan ke bahagian-bahagian rawatan klien PUSPEN, persembahan oleh klien-klien di PUSPEN tersebut, aktiviti pembuatan kopi di Rumah Kopi PUSPEN yang mana proses pembuatan di buat sendiri oleh klien-klien yang dipantau oleh Pegawai PUSPEN.

YBhg. Dato’ juga diberi kesempatan untuk menanam pokok limau bali tanda simbolik kenangan beliau lawatan di PUSPEN tersebut.

Seterusnya aktiviti taklimat oleh Pegawai PUSPEN kepada ahli-ahli lawatan yang hadir mengenai pengenalan, peranan dan fungsi PUSPEN.

Skip to content