LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI JOHOR

Satu lawatan kerja telah dbuat pada 28 Julai 2022 bertujuan untuk perkongsian maklumat dari segi pengurusan dan pentadbiran, percambahan fikiran dalam membantu MPSPK untuk meningkatkan hasil dan memberikan panduan kepada MPSPK dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Kunjungan telah disambut mesra oleh Datuk Bandar, Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad bersama-sama warga kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut adalah YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Ahli-Ahli Majlis, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, dan Pengarah serta Ketua Bahagian dalaman. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Skip to content