NOTIS MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI PERNIAGAAN YANG MELIBATKAN KENDERAAN MIKROMOBILITI DI DATARAN MEDAN BANDAR.

Adalah dimaklumkan bahawa, aktiviti perniagaan yang melibatkan Kenderaan Mikromobiliti di Dataran Medan Bandar adalah ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada Menteri Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
 
Secara amnya, penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya atau mana-mana bahagian jalan termasuk di lintasan pejalan kaki adalah dalam bidang kuasa JPJ. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam tindakan untuk memohon kebenaran daripada Menteri Pengangkutan bagi tujuan tersebut.
 
Sekian, untuk makluman.
Terima kasih.
 
Skip to content