MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN PBT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

03 OGOS 2022 – YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah telah merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan PBT Negeri Kedah bagi tahun 2022.
 
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, MB berkata, aktiviti sukan ini perlu dilakukan bagi mengimbangi kesihatan mental dan fizikal untuk melaksanakan tugas seharian. Ianya juga merupakan satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan seterusnya dapat mewujudkan kecerdasan dalam melaksanakan kerja hakiki di pejabat.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan apabila memenangi enam daripada sembilan acara sukan yang dipertandingkan.
 
Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen MBAS dan kesemua kontinjen PBT Negeri Kedah yang turut bertanding.
 
Tahniah juga kepada Urusetia Induk Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah kerana telah menjayakan penganjuran Kejohanan Sukan PBT Negeri Kedah tahun 2022.
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content