Majlis Pra-Pelancaran Kulim Smart Parking dengan penyerahan Memorandum Persefahaman “MOU” di antara Majlis Perbandaran Kulim yang diwakili oleh Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa, Tuan Yang Dipertua MPKK dan HeiTech Padu Berhad yang diwakili oleh Hj. Safarudin Ban, Pengarah Komersial Smart Parking, HeiTech Padu Berhad.

 

Kerjasama pihak awam swasta antara Majlis Perbandaran Kulim dengan HeiTech Padu Berhad dalam membangunkan sistem kutipan parkir dan kompaun tanpa tunai.

Sistem bayaran parkir pintar ini merupakan salah satu langkah strategik ke arah mentransformasikan daerah Kulim sebagai sebuah bandar pintar seiring dengan hala tuju daerah Kulim sebagai sebuah hub pelaburan berteknologi tinggi.

Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dalam pelbagai industri dan pasaran, HeiTech Padu Berhad telah mengembangkan kepakaran dalam pelbagai bidang, dilengkapi dengan pengetahuan yang mendalam dan berpengalaman mengenai keperluan dan cabaran khusus dalam industri aplikasi, sistem dan penyelesaian yang diperlukan. https://www.heitech.com.my/

Hasil maklum balas pelanggan yang diterima juga menunjukkan tanda positif dalam usaha membangunkan aplikasi bayaran tanpa tunai ini yang sememangnya dinantikan oleh penduduk Kulim.

Tuan Yang Dipertua dalam ucapannya juga berkata “hasrat kita di Kulim ini untuk membangunkan aplikasi sistem secara single sign-on sahaja, di mana para pengguna hanya memerlukan satu saluran sistem sahaja untuk berurusan dengan Majlis Perbandaran Kulim samada proses permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, sewaan dan pelbagai urusan lagi secara dalam talian. Sistem yang boleh memudahkan urusan para pengguna ini dijangka boleh digunakan dalam waktu yang terdekat.

”Pautan Borang Soal Selidik Kesediaan Penggunaan Aplikasi Tempat Letak Kereta Pintar “Kulim Smart Parking” di Daerah Kulim.https://forms.gle/JVcCYorJtwrZSCTj7

Your opinion matters. Be part of us!

Kulim Smart Parking

#prapelancaran
#kulimsmartparking
#sistemparkirpintar
#teknologipadu
#majlisperbandarankulim

Skip to content