MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021 & JASAMU DIKENANG

Telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 & Majlis Jasamu Dikenang pada 11 Ogos 2022 bertempat di Dewan Bankuet Aras 6, Menara MPSPK. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood, DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, diiringi oleh Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Encik Mohammad Shahuri bin Mohamad Norlin, Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah dan kepada pesara dan bakal pesara, terima kasih atas segala sumbang bakti yang telah diberikan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content