PROGRAM MPSPK BERSAMA KOMUNITI ZON 3 (TAMAN SERAYA)

Sekitar program bersama Komuniti Zon 3 yang berlangsung pada 13 Ogos 2022 jam 8.00 pagi bertempat di Surau An-Nur Taman Seraya, Sungai Petani. Program tersebut merupakan anjuran Puan Salmah binti Salleh, Ahli Majlis MPSPK Zon 3 bersama MPSPK.

Turut hadir YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim, Adun Pantai Merdeka, Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pengarah-Pengarah dan Ketua Bahagian MPSPK.

Didalam program tersebut turut disediakan perkhidmatan pembayaran cukai pintu, pembayaran kompaun letak kereta dan penukaran tong sampah yang melibatkan pihak E-idaman serta Agensi Anti Dadah Kedah (AADK), daerah Kuala Muda yang turut serta.

Skip to content