PROGRAM BUAL BICARA PELANCONGAN JERAI GEOPARK 2022

Taklimat dan bicara hala tuju Jerai Geopark telah diadakan pada 14 Ogos 2022 jam 9.00 pagi bertempat di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok (Jeti Semeling) dan disempurnakan oleh Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Turut hadir bersama didalam program tersebut ialah wakil dari Majlis Daerah Yan, Timbalan Pengarah Sektorial BPEN Kedah dan wakil dari pelbagai agensi kerajaan lain serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman MPSPK.

Taklimat turut disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Prof Dr. Mokhtar Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan). Program tersebut dilaksanakan bagi membincangkan dan memberi penerangan mengenai pentingnya hala tuju Pelancongan Jerai Geopark pada masa akan datang.

Skip to content