11 OGOS 2022 (KHAMIS)

Program Focus Group Discussion (FGD) Kajian Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman ini diadakan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Seminar D’Yan Chalet, Titi Hayun.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah PLANMalaysia@ Kedah, TPr Muhammad Nasrul Hadi bin Jukun Nain dan seterusnya ucapan oleh Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi.PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Projek Khas sedang menjalankan Kajian Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. Kajian ini dijalankan oleh perunding yang dilantik iaitu Uni Technologies Sdn. Bhd. bermula dari bulan Julai 2022 hingga Oktober 2022.

Program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai jabatan / agensi teknikal berkaitan, para Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan dan Unit Projek Khas. Semoga dengan adanya program ini akan dapat menghasilkan pelan-pelan pembangunan yang lebih komprehensif dan berdaya laksana dalam membantu agensi/jabatan teknikal, khususnya Majlis Daerah Yan, dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan semula kawasan rekreasi Titi Hayun, Yan.

Skip to content