1-2 OGOS 2022 (ISNIN DAN SELASA)
Taklimat Petugas Pilihan Raya PRU Ke – 15 Bagi Parlimen P.012 Jerai ini telah diadakan selama dua (2) hari bertempat di Camelia Ballroom, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.012 Jerai.Taklimat dan simulasi telah diadakan selama dua (2) hari kepada semua petugas tersebut melibatkan para Ketua Tempat Mengundi (KTM), Kerani Pengundian / Kerani Mengira Undi (KP/KMU), Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) dan Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) merangkumi tiga (3) DUN di bawah Parlimen P.012 Jerai iaitu DUN Gurun, DUN Guar Chempedak dan DUN Sungai Limau.
Taklimat dan simulasi tersebut dikendalikan oleh Tuan Muhammad Nizam Bin Jamaludin, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perlis dan dibantu oleh para urus setia dari Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.012 Jerai.
Program selama dua hari ini turut disertai oleh para Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan urus setia undi biasa dan undi awal Parlimen P.012 Jerai.Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis, Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.012 Jerai dan semua petugas pilihan raya PRU Ke – 15 bagi Parlimen P.012 Jerai atas segala komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang dilaksanakan selama dua hari ini.