PASUKAN BOLASEPAK MBAS JOHAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH (TERBUKA) PIALA GENERASI 2022

19-20 Ogos 2022, Kuala Nerang, Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana telah berjaya meraih Johan dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah (Terbuka) Piala Generasi 2022 anjuran Janing FC, Dee Aman FC dan Raptor FC bertempat di Mini Stadium dan Padang Balai Polis Kuala Nerang.
 
Sebanyak 32 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dengan menawarkan hadiah Johan : RM4,000 + Piala, Naib Johan : RM2,000, Ketiga : RM1,000 dan Keempat : RM500.00. Perlawanan akhir telah berlangsung di Mini Stadium Kuala Nerang pada jam 5.30 petang.
 
Pasukan MBAS telah mengalahkan pasukan Dee Aman FC A di perlawanan akhir 1-0 dan membawa pulang hadiah utama kejohanan ini. TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK MBAS.
 
Skip to content