SESI ‘WALKABOUT’ YAB MENTERI BESAR KE STESEN BAS LAMA SUNGAI PETANI

Telah berlangsungnya sesi ‘walkabout’ YAB Menteri Besar Kedah ke Stesen Bas Lama Sungai Petani seperti ketetapan berikut pada 21 Ogos 22, jam 4.30 petang. Turut hadir Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani bersama agensi luaran yang lain dan Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.

YAB Menteri Besar telah meluangkan masa mendengar taklimat dan melihat sendiri keadaan di kawasan sekitar stesen bas lama tersebut bagi rancangan memajukan kawasan tersebut.

Skip to content