KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MENAIKTARAF SISTEM PENCAHAYAAN LAMPU HIGHT MAST DI DATARAN BANDAR BAHARU, MD BANDAR BAHARU

Twaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Bandar Baharu, PusatKhidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan INdustri (CIDB). 

Dokumen sebutharga akan hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang sah sahaja. Oleh itu, kontraktor adalah dikehendaki membawa surat pendaftaran asal dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri (CIDB) dengan pusat berkenaan.

Naskah dokumen tawaran boleh dibeli dengan harga RM 20.00 bagi Kelas G1 dan RM 50.00 bagi Kelas G2 daripada Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB di alamat Majlis Daerah Bandar Baharu, 09800 Serdang, Kedah.

Lawatan tapak akan diadakan pada tarikh 29 Ogos 2022 (Isnin) jam 9.30 pagi di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu.

Pihak kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat sebutharga seperti yang ditetapkan pada perenggan 4 di atas. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA pada lesen sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pemeriksaan KAD PENGENALAN DAN SIJIL AKUAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI (CIDB) akan dijalankan untuk tujuan pengesahan.

Dokumen sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke sampul surat berlakri dan bertulis tajuk kerja dan nombor sebutharga dan hendaklah dihantar ke peti tawaran di Majlis Daerah Bandar Baharu tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 05 September 2022 (Isnin). 

Jawatankuasa Sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang ditawarkan. Keputusan jawatankuasa sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu adalah muktamad. 

 

DENGAN PERINTAH

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

Skip to content