Pemasangan Jalur Gemilang Gergasi ini diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Pekan Yan, Yan, Kedah.

Acara dimulakan dengan taklimat menaikkan bendera Jalur Gemilang tersebut oleh Ketua Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Yan, Encik Muhamad Hazwan bin Hashim.

Bendera Jalur Gemilang yang bersaiz 8 x 16 kaki dan dipasang di tiang setinggi 45 meter ini adalah sumbangan daripada YB Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri bin Azit.

Bendera Jalur Gemilang ini dinaikkan oleh Pegawai Daerah Yan merangkap Tuan Yang Dipertua MDY, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., dengan iringan lagu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku selepas selesainya bendera Jalur Gemilang tersebut dinaikkan dan disusuli dengan sesi bergambar kenang – kenangan bersama para jemputan yang hadir.Turut hadir dalam program ringkas tetapi sangat bermakna ini ialah wakil YB Ahli Parlimen Jerai (Encik Muzaini bin Azizan), Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Yan (ASP Nor Izwan Bin Ahmad), Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Yan (ASP Nordin bin Ahmad), Pegawai Penerangan Daerah Yan (Puan Anita binti Omar) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Unit Majlis Daerah Yan.

Skip to content