25 OGOS 2022

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BILANGAN 02 TAHUN 2022

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 02 Tahun 2022 telah pengerusikan oleh Tuan Setiausaha MDBB, En. Mohamad Afnan Bin Mohd Roze dan dihadiri oleh Ahli-ahli Pegawai dan Ahli-ahli Pekerja MDBB bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi dan diteruskan dengan menerima dan mengesahkan minit mesyuarat.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan perbincangan hal-hal berbangkit dari minit yang lalu, pemakluman perkara-perkara baru dan hal-hal lain.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan harapan untuk beroleh kemenangan daripada Pasukan Kawad MDBB Tahun 2022 yang memasuki pertandingan kawad sempena Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan Kali Ke-65, Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 31 Ogos 2022 kelak. 

Skip to content