1 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

Majlis Perasmian Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, Daerah Yan, Kedah ini telah bermula pada jam 4.30 petang bertempat di hadapan Pulau Bunting, Yan, Kedah Darul Aman.

Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan seterusnya majlis ini diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Majlis kemudiannya diteruskan acara gimik perasmian, penyampaian cenderamata oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. kepada YAB Perdana Menteri, tayangan video dan taklimat model projek pembangunan berintegrasi tersebut kepada para tetamu kehormat oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad.

Selepas selesai majlis perasmian tersebut, YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar turut meluangkan waktu melakukan cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada dua orang penerima hadiah utama cabutan bertuah tersebut iaitu sebuah kereta Proton X50 dan sebuah motorsikal Kawasaki.

Turut hadir dalam program ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah [YB Dato’ Johari Bulat], Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah [YB Dato’ Norizan Khazali], Pengerusi Kumpulan MMC Corporation Berhad [Tan Sri Tajudin Atan], Menteri-Menteri Kabinet Malaysia, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah Negeri Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Ahli Parlimen Jerai, YB Dato Wira ADUN Guar Chempedak, YB ADUN Sungai Limau, Ahli2 Majlis MDY, semua ketua jabatan / agensi Daerah Yan, antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Majlis Daerah Yan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Bomba dan Penyelamat Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Hospital Yan, Pejabat Agama Daerah Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, RELA Daerah Yan, APM Daerah Yan, JPS Kota Setar / Pendang / Yan, JKR Daerah Yan, MADA Wilayah IV, SADA Yan, TNB Yan, SW Corp, E Idaman, institusi – institusi pendidikan seluruh negeri Kedah, para penghulu mukim, para imam, JPKK terlibat, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, semua parti politik serta semua jabatan / agensi dan para individu yang telah membantu dalam menjayakan program ini.

Sekalung tahniah dan terima kasih juga dirakamkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga MMC Corporation Berhad dan SKS Corporation atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis yang amat bersejarah dan begitu bermakna ini, khususnya bagi Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

Skip to content