KUNJUNGAN SUK KEDAH KE ATAS MANTAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU MERANGKAP TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU
 
AHAD (04.09.2022)
 
BANDAR BAHARU – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan Bin Khazali., DSDK., AMK., BCK. hadir membuat kunjungan ke atas Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Rohaizad Bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK. di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu di sini, hari ini.
 
Kunjungan ini adalah bertujuan bersempena persaraan wajib Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu setelah 31 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang berakhir pada hari ini, 4 September 2022.
 
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor.
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content