11 SEPTEMBER 2022 (AHAD)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 11 September 2022 bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah pada jam 10.00 pagi.

Perlawanan ini diadakan sebagai persediaan kedua-dua pasukan bagi menghadapi Pertandingan Bola Sepak Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang akan berlangsung pada 20 dan 21 September 2022 ini di Daerah Baling.

Perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan Majlis Daerah Yan berjaya menewaskan Majlis Daerah Bandar Baharu dengan jaringan 6 – 1.Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Bandar Baharu dan Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Yan.

Semoga perlawanan persahabatan ini dapat membantu kedua-dua pasukan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Sukan Bola Sepak PBT Negeri Kedah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atas kesudian menyertai perlawanan persahabatan ini serta atas layanan mesra dan terbaik yang diberikan kepada pihak pengurusan dan para pemain bola sepak Majlis Daerah Yan.

Skip to content