SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU
 
11 SEPTEMBER 2022 (AHAD)
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI
SERDANG, KEDAH.
 
Program Sambutan Hari Belia Peringkat Daerah Bandar Baharu telah dijalankan pada 11 September 2022 dengan pelbagai pengisian program dan dimulakan dengan Senamrobik bertempat di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah.
 
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan dijayakan dengan penyertaan guru-guru dan para pelajar daripada pihak sekolah rendah dan menengah di kawasan Serdang, jabatan-jabatan kerajaan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
YB. Dato Nor Sabrina Binti Mohd Noor, ADUN Bandar Baharu telah menyertai program daripada awal dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Belia Peringkat Daerah Bandar Baharu ini.
 
Gambar-gambar program adalah seperti di lampiran.
 
 
Skip to content