11 SEPTEMBER 2022 (AHAD)

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DAN MAJLIS DAERAH YAN

Majlis Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan daripada Majlis Daerah Yan, Kedah sebagai persediaan untuk penyertaan di peringkat Sukan Pihak Berkuasa Tempatan 2022 yang akan berlangsung di Baling, Kedah kelak. Selain itu, perlawanan persahabatan ini juga dianjurkan sempena memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Daerah Bandar Baharu. 

Perlawanan berlangsung pada pukul 10.00 pagi bertempat di Padang Awam, Serdang, Kedah. Perlawanan persahabatan ini juga diadakan bagi merapatkan lagi hubungan dan kerjasama berpasukan antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan. 

Kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan dalam permainan namun tuah menyebelahi pihak lawan dengan kemenangan berpihak kepada Majlis Daerah Yan. 

Perlawanan persahabatan ini diakhiri dengan pemberian hamper kepada kedua-dua pasukan bola sepak sebagai cenderahati yang disampaikan khas oleh Tuan Yang Dipertua, Majlis Daerah Yan iaitu Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah., AMK., BCK. 

Skip to content