13 SEPTEMBER 2022 (SELASA)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Majlis Daerah Yan (MDY) dan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah diadakan pada 13 September 2022 bertempat di Stadium Mini Padang Terap, Kedah pada jam 5.30 petang.

Perlawanan ini diadakan sebagai persediaan kedua-dua pasukan bagi menghadapi Pertandingan Bola Sepak Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang akan berlangsung pada 20 dan 21 September 2022 ini di Daerah Baling.

Perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan Majlis Daerah Yan berjaya menewaskan Majlis Daerah Padang Terap dengan jaringan 3 – 2.Turut serta sebagai pemain dalam perlawanan persahabatan tersebut adalah Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, Ustaz Muhamad Fikri bin Ishak.

Semoga perlawanan persahabatan ini dapat membantu kedua-dua pasukan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Sukan Bola Sepak PBT Negeri Kedah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Padang Terap.Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Padang Terap atas kesudian menyertai perlawanan persahabatan ini serta atas layanan mesra dan terbaik yang diberikan kepada pihak pengurusan dan para pemain bola sepak Majlis Daerah Yan.

Skip to content