11.09.2022 – Tuan Yang Dipertua MPKK bersama Ahli-ahli Majlis hadir menyertai Kempen Pengurusan Minyak Masak Terpakai yang telah diadakan di Perkarangan Pasar Awam Padang Serai dengan kerjasama daripada pihak Environment Idaman Sdn Bhd, SWCorp, PKD Kulim dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Kaedah pembuangan minyak masak terpakai yang tidak sistematik seperti membuang di dalam sinki atau longkang boleh mengakibatkan longkang atau sistem perparitan tersumbat dan berbau busuk.

Ini secara tidak langsung memberikan impak negatif seperti pencemaran alam sekitar serta menggalakkan kehadiran haiwan perosak yang akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Oleh itu, penyampaian maklumat kepada komuniti khususnya kawasan kediaman dan peniaga kedai makan perlu bagi meningkatkan tahap kesedaran sekali gus mendidik mereka melakukan tindakan yang betul untuk menguruskan minyak masak terpakai.

Ianya boleh dikumpulkan di dalam tong dan dihantar ke Pusat Kitar Semula bagi tujuan penjualan semula. Minyak masak terpakai ini akan dikitar semula menjadi biodisel untuk kegunaan mesin, jentera dan alternatif bahan api yang bersih.

E-Idaman Sdn Bhd , Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp

Skip to content